Friday, April 2, 2010

Rangkuman Game2 Terdahulu

Maaf kerana lama x update blog dgn berita2 terkini lg sensasi, berita pemindahan pemain, berita kontrak penaja air mineral dan sebagainya. Masa tidak mengizinkan hamba, namun akan ku coba selitkan keputusan2 game2 yg telah dilalui.

A. Selepas keputusan seri dgn team Bambee FC, JBM terus mencatat kemenangan pd minggu berikutnya. Bertempat di padang awam, setia alam, fokus pemain terganggu pd mulanya kerana keadaan padang yg daif, senget serta gol yg tidak berjaring. Setelah ketinggalan 2-0, JBM membuat 'comeback' dgn membalas 3 gol utk keputusan muktamad 3-2!!

B. Game seterusnya bertemu dgn team dr Sg Buloh. Mungkin kerana terlalu enjoy dgn rentak kemenangan, JBM tersungkur......... gedebuk!! HAahahaha... Alamak, aku pun lupa result dia, 4-2 ke 3-1 camgitulah lebih kurang.

C. Rangkuman terakhir adalah game bertemu dgn tim cikgu-cikgi. Kali ni game malam, namun, kerana masih leka dgn rekod gemilang tahun ini, kekalahan ke-2 berturut-turut terjadi. Game agak sengit pd half yg pertama & kedua, namum longlai pd babak ketiga. Result : 1-5 :(

Jadi rekod kita skrg : 3-1-2

Di harap, pemain2 semua tidak leka lg menjelang game seterusnya.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih kpd semua pemain yg sudi bermain bersama JBMfc, baik yg regular player mahupun sbg undangan shj.

JBM Rocks!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment